Belajar bahagian badan dengan nyayi (Learning - Body Songs)

Monday 17 October 2011

Bab 4.2 Mencipta produk daripada bahagian-bahagian tumbuhan (Creating a product from the plant parts)

Murid-murid diarah supaya membawa satu benda yang dibuat daripada tumbuhan

Aktiviti: Memahami kegunaan tumbuh-tumbuhan dalam aktiviti harian.

Objektif: Pada akhir aktiviti ini, murid-murid dapat memahami kepentingan tumbuhan semasa menjalankan aktiviti harian.

Kaedah:
  • Murid-murid akan dibahagikan kepada kumpulan kecil.
  • Perbincangan akan dibuat di atas benda yang dibawah oleh setiap ahli dalam kumpulan dari segi tumbuhan yang terlibat dan kegunaan tumbuhan tersebut dalam membuat benda itu.
  • Selepas 15 minit, murid-murid akan membuat persembahan di depan kelas. Murid-murid dari kumpulan lain boleh menyoal jika terdapat kekeliruan.
  • Pada akhir persembahan, murid-murid juga boleh membuat cadangan tentang benda lain yang boleh dibuat daripada tumbuhan-tumbuhan dan menyenaraikan kebaikan menggunakan tumbuhan dalam menghasilkan benda tersebut.






Add caption


Bab 5: Mata (Eye)

Pada akhir kelas ini, murid-murid akan memahami kepentingan mata dan harus menjaga mata sendiri.

Aktiviti:
·         Melontar bola
·         Menayangkan animasi
·         Menunjukkan gambar

Selepas 5 minit, murid-murid diarahkan menutup mata. Guru akan menasihati mereka untuk memikir balik keadaan semasa menjalankan aktiviti yang disenaraikan diatas.

Selepas 5 minit, murid-murid diarahkan membuka mata dan menceritakan apa situasi yang dialami dalam 5 minit yang lalu.

Melalui aktiviti, murid-murid akan memahami kepentingan organ mata bagi semua manusia dan haiwan.

Pada akhir kuliah, guru akan memberi nasihat kepada murid-murid supaya menyayangi mata dengan
·         Rehat 10 minit selepas membaca buku atau menonton TV selama 40 minit hingga 60 minit.
·         Makan makanan yang berkhasiat seperti robak.
·         Memandan lebih tanaman hijau.
·         Membaca dan menonton pada jarak yang selamat.





Wednesday 12 October 2011

Bab 4.3: Menghargai pelbagai tumbuhan di sekeliling kita (Appreciate the variety of plants around us)




Tumbuhan memberikan oksigen kepada organisma lain seperti manusia dan haiwan dengan melalui fotosintesis.

Dengan kekurangan karbon dioksida dalam persekitaran, suhu dipersekitaran dapat dikekal dalam paras yang baik. Jika tidak, pemanasan global akan berlaku.

Tumbuhan juga merupakan bahan makanan kepada hidupan. Sejajar dengan itu, ia juga boleh digunakan untuk mengelakkan hakisan tanah.