Belajar bahagian badan dengan nyayi (Learning - Body Songs)

Sunday, 25 September 2011

Sains - Tahun satu

Matlamat kurikulum Sains Sekolah Rendah ini adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni.


Standard Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap 1 bertujuan:

  1. Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat tentang dunia di sekeliling mereka.
  2. Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
  3. Meningkatkan daya kreativiti murid. 
  4. Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains.
  5. Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara krtitis, kreatif dan analitis bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
  6. Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya membolehkan murid mengamalkannya.
  7. Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.  
(Dipetik daripada Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010)

No comments:

Post a Comment