Belajar bahagian badan dengan nyayi (Learning - Body Songs)

Sunday, 25 September 2011

Bab 1.2 Apakah yang diperlukan oleh benda hidup? (What Living Things Need)


Air adalah benda yang penting bagi semua benda yang hidup. Tumbuh-tumbuhan menggunakan air untuk menerima mineral dan nutrien dari tanah. Mineral ini telah larut dalam air untuk diserap oleh tumbuh-tumbuhan. Di padang pasir yang kaya dengan mineral terdapat kurang tumbuh-tumbuhan kerana pasir yang mempunyai liang yang besar bukan penabung air yang baik, maka kuantiti air yang rendah tidak sesuai untuk pelbagai tumbuhan. Tumbuhan seperti kaktus, telah berevolusi supaya dapat mengurangkan penggunan air. Terdapat tumbuhan yang berevolusi supaya mempunyai akar yang panjang dan meluas untuk memdapat penyerapan air yang paling optima.

Manusia boleh kekurangan makanan tetapi akan mati dalam 3 hingga 5 hari tanpa air. Ini adalah disebabkan 70% daripada badan manusia terdiri daripada air. Badan menggunakan air dalam mengekalkan suhunya, bernafas, mencerna makanan dan pelincir sendi bergerak.

Dengan mengetahui kepentingan air, kita mesti mengelakkan pencemaran air. Air yang tercemar tidak boleh digunakan oleh benda-benda hidup kerana bahan-bahan terlarut atau organisma penyakit bawaan air boleh mengganggu kesihatan benda-benda hidup.

Water is an important thing for all living thingsThe plants use the water to receive the minerals and nutrients from the soil. These minerals have been dissolved in water to be absorbed by plantsIn the desert that is rich in minerals, there are fewer plants for sandwith a large pore water is not good savers, the low quantity of water is not suitable for a variety of plants. Plants such as cactushave evolved to reduce water consumption.There are plants that evolved to have long and extensive root for stories about the mos toptimal water absorption.

People can lack of food but will die in 3 to 5 days without waterThis is because 70% ofthe human body consists of water. Bodies of water in maintaining the temperature,breathingdigesting food and moving the joint lubricant.

Knowing the importance of water, we must prevent water pollutionContaminated watercan not be used by living things as dissolved substances or waterborne diseaseorganisms can affect health of living things.

No comments:

Post a Comment